Etimologi, takrifan, dan pembezaan Emosi_pada_haiwan

Perkataan "emosi" diadaptasi daripada perkataan bahasa Perancis émouvoir, yang bererti "mendorong". Walau bagaimanapun, pelopor terawal bagi kata ini boleh jadi bertarikh kembali kepada asal usul bahasa.

Emosi telah diperihalkan sebagai gerak balas diskret dan tekal terhadap peristiwa dalaman atau luaran yang mempunyai keertian tertentu untuk organisma. Emosi bertempoh singkat dan terdiri daripada satu set gerak balas terkoordinat, yang boleh termasuk mekanisme-mekanisme fisiologi, tingkah laku, dan neural.[8] Emosi juga telah diperihalkan sebagai hasil evolusi kerana emosi menyediakan jalan penyelesaian baik kepada masalah purba dan berulang-ulang yang dihadapi oleh leluhur.[9]

Emosi manusia asasi dan kompleks

Pada manusia, suatu pembezaan kadang-kadang dibuat antara emosi "asasi" dengan "kompleks". Enam emosi telah dikelaskan sebagai asasi: kemarahan, kejijikan, ketakutan, kebahagiaan, kesedihan dan keterkejutan.[10] Emosi kompleks patut menyertakan kebencian, kecemburuan dan simpati. Walau bagaimanapun, pembezaan ini sukar untuk dikekalkan, dan haiwan bukan manusia kerap dikatakan juga mengungkapkan emosi-emosi kompleks tersebut.[11]